Ad

Friday, 6 October 2017

Tiada laluan selesa - Baddrol

BADDROL Bakhtiar mahu rakan benam Hong Kong pada saingan Piala Asia 2019, Selasa ini. - Foto Osman Adnan
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
 
MELAKA: Pemain berpengalaman Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar mengakui kemenangan ke atas Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Selasa ini, penting dalam memastikan kemaraan negara ke saingan Piala Asia 2019.

Menurutnya, tidak kira siapa yang diturunkan, pemain perlu menampilkan aksi 100 peratus sepanjang 90 minit permainan.

"Justeru kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, selain skuad kali ini pernah beraksi bersama ketika berdepan Syria sejak berlatih kira-kira tiga minggu lalu, menjadi pemangkin untuk beraksi lebih mantap.

"Namun semuanya bukan kelebihan mutlak, dengan syarat kami mampu memperaga taktikal dan perencanaan jurulatih Nelo Vingada. Apapun kami positif aksi di gelanggang sendiri bakal memberi khabar gembira walaupun Hong Kong bukanlah pasukan mudah," katanya.

Sementara itu, penyerang muda kebangsaan Shahrel Fikri Fauzzi, 23, mahu aksi gugupnya ketika berdepan Syria diatasi andai diturunkan dalam perlawanan itu.

Katanya, dia mengakui gugup pada penampilan pertama bersama skuad kebangsaan tetapi menjelang aksi berdepan Hong Kong, pengalaman berlatih dan menghadapi perlawanan persahabatan sebelum ini menyuntik motivasi dan kekuatan mentalnya.

Baginya, kap sulung bersama Harimau Malaya ketika berdepan Syria di gelanggang sama sebelum ini adalah azimat berharga buatnya untuk memberikan yang terbaik dan membalas kepercayaan jurulatih Nelo Vingada.

Sebelum ini, skuad negara tewas 1-2 dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Lubnan di Johor Bahru.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 3 September 2017 | 10:10pm

No comments:

Post a Comment