ARKIB : 14/07/2007
Oleh: AZRAN FITRI RAHIM
MACHANG Ahli Majlis Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin tetap mempertahankan pengurusan
dan jurulatih skuad negara meskipun dibelasah China 5-1 pada erlawanan
pembukaan Piala Asia, Selasa lalu.
Khairy berkata, kekalahan
tersebut tidak boleh diletakkan ke atas bahu jurulatih, Norizan Bakar dan para
pemainnya semata-mata.
Saya memang kecewa dengan
kekalahan yang memalukan itu tetapi Cikgu Norizan dan pengurusan FAM tidak
boleh disalahkan kerana kita perlu menerima hakikat setakat ini saja standard
pemain negara.
Kesemua pemain yang dipilih
mewakili Malaysia adalah pemain terbaik yang ada di negara ini tetapi jika itu
tahap permainan yang ditunjukkan mereka kita harus menerimanya.
Kita ketandusan pemain yang
hebat kerana cara untuk mencungkil dan mengilap bakat baru dari peringkat akar
umbi tidak betul, katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika
diminta mengulas mengenai kekalahan memalukan negara pada perlawanan pembuka
tirai menentang China di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa lalu.
Khairy berkata, jika menukar
pengurusan, jurulatih dan pemain sekali pun ia tidak akan mengubah prestasi
skuad bola sepak negara kerana apa yang ada sekarang adalah yang terbaik di
negara ini.
Hanya setakat ini keupayaan
kita untuk bermain bola, saya beri tempoh 10 sehingga 15 tahun lagi untuk
melihat skuad bola sepak negara kita menunjukkan prestasi sebanar, ujarnya.
Ketika ditanya adakah rakyat di
negara ini tidak pandai bermain bola sepak, Khairy menjelaskan, negara
mempunyai pemain muda berbakat tetapi mereka tidak mendapat asuhan yang baik
dari peringkat akar umbi.
Jika mahu melihat Malaysia
berjaya di peringkat antarabangsa, perubahan perlu dibuat diperingkat akar umbi
untuk memastikan bakat yang ada dapat diasuh dengan sebaik mungkin.
Saya melihat kesilapan utama
kita adalah tidak dapat mendidik bakat baru yang ada supaya muncul sebagai
pemain bertaraf dunia, katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4uRp1kEcy
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment