Ad

Saturday, 28 October 2017

Misi hidup mati Kelantan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
BENSOH menuntut para pemain Kelantan mempamerkan aksi terbaik bagi menewaskan Melaka United sambil mengharapkan T-Team tewas kepada Sarawak untuk kekal di Liga Super 2018.

PASUKAN Kelantan tidak mempunyai pilihan kecuali menang ke atas Melaka United pada aksi hidup mati di Stadium Hang Jebat, malam ini jika mahu terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.
Advertisement

Pemangku jurulatih, Sathit Bensoh berkata, dia mahu barisan pemain Kelantan mempamerkan semangat juang tinggi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Menurutnya, dia berharap barisan pemain mendapatkan jaringan awal sebagai motivasi untuk meraih kemenangan pada perlawanan itu nanti.

“Saya akui rekod kita berdepan Melaka United tidak begitu baik apabila tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini. Jadi untuk pertemuan hidup mati ini Kelantan wajib menang.

“Saya akui Kelantan berdepan tekanan, namun itu bukan alasan untuk kita tidak beraksi dengan baik dan menang pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Bensoh memberitahu, dia akan mempertaruhkan barisan terbaik pada perlawanan itu bagi memastikan Kelantan kekal di Liga Super.

Katanya, tempoh rehat sebelum ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam merencanakan ramuan terbaik menentang Melaka United nanti.

“Saya juga telah meneliti rakaman pertemuan dengan Melaka United sebelum ini dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti.

“Saya yakin, Kelantan akan memperoleh keputusan positif pada perlawanan itu nanti,” ujarnya.

Bensoh mengambil tugas selepas pengendali Kelantan Zahasmi Ismail bercuti daripada melatih Kelantan.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Kelantan menghuni tangga ke-11 dalam carta Liga Super dengan mengumpul 19 mata dan mereka perlu menang ke atas Melaka United sambil mengharapkan T-Team tumbang kepada Sarawak bagi terus kekal di Liga Super 2018

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4wmyu3uus
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment