Khamis, 26 Oktober 2017 |
8:56pm
KAPTEN MISC-MIFA, K Nanthakumar
mengumumkan akan bersara sebagai pemain selepas aksi terakhirnya bersama
pasukan itu berdepan PDRM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
malam esok. - Foto Nazri Abu Bakar
Nanthakumar umum persaraan
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Bekas pemain kebangsaan
yang kini kapten MISC-MIFA, K Nanthakumar akan bersara sebagai pemain selepas
aksi terakhirnya bersama pasukan itu berdepan PDRM di Stadium Majlis Bandaraya
Petaling Jaya (MBPJ) malam esok.
Pemain yang memiliki pengalaman
luas di kancah Liga Malaysia yang juga bekas pemain MPPJ, Selangor, Perak,
Negeri Sembilan dan Kelantan itu berkata, kelibatnya sebagai pemain akan
diakhiri selepas perlawanan itu.
Baginya, usia 40 tahun menjadi
penamat karier bola sepaknya sebagai pemain pertahanan dan tengah dengan
berhasrat menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan sepenuh masa musim depan.
"Musim 2018 saya tetap
berada dalam Liga Malaysia sebagai jurulatih bukan pemain. Namun saya belum
pasti melatih pasukan mana. Mungkin bermula di peringkat bawah dulu atau skuad
Piala Belia atau Presiden.
"Banyak kenangan saya
sebagai pemain yang tidak akan saya lupakan antaranya menjuarai Piala FAM
bersama pasukan ini musim lalu. Selain juara Piala Malaysia serta pelbagai
kejuaraan termasuk ketika bersama The Bos Gaurus, MPPJ, The Red Warriors, The
Red Giants dan skuad 'Hobin Jang Hobin," kata anak kelahiran Perak itu.
KAPTEN MISC-MIFA, K Nanthakumar
(kanan) ketika beraksi menentang PKNP FC pada perlawanan Piala FAM. - Foto
Muhaizan Yahya
Nanthakumar yang mewakili
Malaysia dari 2002-2007 juga berazam untuk membantu pasukannya kekal di Liga
Perdana sebelum bersara.
Menurutnya, keutamaan adalah
menewaskan The Cops sambil membuka semula peluang untuk kekal di Liga Perdana
2018 kerana kekalahan akan menyaksikan MISC-MIFA tersingkir ke Liga FAM.
"Namun jika menang, kami
juga perlu menanti keputusan perlawanan membabitkan Perlis dan ATM yang juga
pesaing terdekat buat pasukan kami bagi mengelak berada di kedudukan kedua
terbawah liga.
"Saya yakin komitmen dan
kesungguhan tinggi pemain untuk beraksi habis-habisan mampu membuahkan kejayaan
yang amat diperlukan pada perlawanan itu," katanya.
SUMBER-Juara Liga FAM 2016 itu
kini berada di tangga ke-11 dengan 11 mata.
No comments:
Post a Comment