Rabu, 4 Oktober 2017 | 11:46pm
SYAMER Kutty Abba ketika
menjalani latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, menjelang
aksi perlawanan menentang Hong Kong bagi kelayakan Piala ASIA 2019. - Foto
Osman Adnan
Syamer tekad 'pikat' Vingada
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
Kongsi artikel
PETALING JAYA: Walaupun baharu
kali pertama bersama Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba nyata berjiwa besar
untuk menyumbangkan sesuatu yang cukup bermakan buat pasukan.
Pemain Pulau Pinang itu
mengidamkan kesebelasan utama, namun tetap akur dia perlu bekerja keras untuk
merebut slot yang menjadi rebutan.
Berstatus 'adik bongsu' dalam
skuad Nelo Vingada kali ini, Syamer berkata, kejayaan di Sukan SEA Kuala Lumpur
2017 (KL2017) turut memainkan peranan sehingga dipanggil menyertai skuad
kebangaan dan mengharapkan kehadirannya dapat memberikan impak positif.
"Pastinya saya gembira
apabila dipanggil dan saya cukup berterima kasih kepada jurulatih. Kini saya
tidak sabar untuk memulakan aksi.
"Mungkin sebelum ini orang
tidak kenal Syamel tetapi Alhamdulillah selepas itu orang mula nampak. Nyata
pentas itu banyak membantu saya hingga dipanggil sertai pasukan kebangsaan.
"Semua pemain mahu berada
dalam kesebelasan utama, namun semuanya bergantung kepada jurulatih kerana dia
yang kenal pemain yang diinginkan," katanya ketika ditemui, hari ini.
KEJAYAAN pemain Harimau Malaya,
Syamer Kutty Abba di KL2017 turut memainkan peranan sehingga dipanggil
menyertai skuad kebangaan. - Foto Osman Adnan
Bagaimanapun, Syamer tidak
berkecil hati jika gagal menempatkan diri dalam skuad utama kerana sedar dia
perlu bersaing dengan pemain senior lain yang sudah terbukti kemampuan mereka
bersama pasukan masing-masing.
"Setakat ini saya hanya
kenal enam pemain (skuad Sukan SEA). Tetapi hari ini, segalanya berjalan lancar
dan pemain senior banyak membantu.
"Saya mahu membalas
kepercayaan jurulatih dan cuba memberikan apa yang dia mahukan. Atas kertas,
memang sukar dan saya terpaksa bersaing namun sekurang-kurangnya kehadiran saya
dapat beri lebih banyak pilihan di posisi tengah," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu,
4 Oktober 2017 | 11:46pm
No comments:
Post a Comment