Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetri.com.my
JURULATIH pasukan renang
kebangsaan ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Sri Petaling, 12.30
tengah hari semalam, selepas dipercayai terbabit merogol atlet.
Suspek berusia 35 tahun berasal
dari China dan kini berstatus taraf penduduk tetap (PR) ditahan sepasukan
pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala
Lumpur.
Difahamkan, suspek ditahan
selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis Ahad lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk
Amar Singh Ishar Singh, berkata, pihaknya akan mendapatkan kebenaran menahan
reman suspek hari ini.
"Setakat ini siasatan
sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak
(D11) Polis Kuala Lumpur.
"Berdasarkan siasatan yang
dibuat, kejadian rogol berkenaan berlaku sekitar September lalu namun identiti
mangsa tidak akan didedahkan," katanya.
Amar Singh turut mengesahkan
setakat ini pihaknya hanya menerima laporan dari seorang mangsa sahaja.
Sementara itu, sumber berkata,
suspek berkenaan sebelum ini terbabit dengan program ‘KITA JUARA’ pada acara
Sukan SEA KL2017, Ogos lalu.
Namun mangsa tidak terbabit
dalam mana-mana acara pada KL2017 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lalu.
Berita berkaitan:
• Atlet dakwa dirogol jurulatih
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 3:23 PM
No comments:
Post a Comment