Firdaus Hashim
TAKTIK ‘kotor’ digunakan Hong
Kong menjelang aksi getir berdepan Malaysia pada kelayakan Piala Asia 2019
dengan membawa masuk seramai 10 pemain naturalisasi baru nyata tidak digemari
Nelo Vingada.
Menurut pengendali Harimau
Malaya itu, tindakan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Kim Pan Gon itu jelas
membuktikan mereka amat terdesak untuk meraih kemenangan apabila sanggup
memberi taraf naturalisasi kepada pemain yang langsung tiada kaitan dengan negara
itu.
“Sejujurnya, saya tak gemar
cara mereka menyediakan pasukan menggunakan pemain yang tiada kaitan dengan
sejarah negara itu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma
FAM, Kelana Jaya, hari ini.
“Tapi sekiranya pemain
naturalisasi itu ada darah campuran atau nenek moyang mereka berasal dari sana,
itu tidak menjadi masalah bagi saya.
ADVERTISING
“Masalahnya apabila mereka
tidak menghormati semangat kesukanan dan terlalu memikirkan kemenangan sebagai
misi utama. Kami juga mempunyai pemain naturalisasi, tapi pemain ada hubungan
darah yang rapat di sini,” katanya.
Sebagai rekod, Vingada
menyenaraikan tiga pemain berdarah kacukan terdiri daripada dua tonggak Pahang
iaitu Kiko Insa dan Matthew Davies serta penyerang Johor Darul Ta’zim, Darren
Lok.
Selepas seri 1-1 di Stadium
Hang Jebat pada 5 September lalu, Pan Gon melakukan rombakan bagi aksi kedua di
Stadium Hong Kong Selasa ini apabila membariskan seramai 10 pemain naturalisasi
termasuk tiga penyerang iaitu James Stephen Ghee (England), Jorge Tarres Paramo
(Sepanyol) dan Godfred Karikari (Ghana).
Selain mahu menajamkan bahagian
serangan, mereka turut memperkuatkan benteng pertahanan dengan menyenaraikan
tiga pemain naturalisasi, Daniel Cancela dan Fernando Recio Comi (Sepanyol) serta
Roberto Orlando Affonso (Brazil).
“Saya tetap percaya dengan
kemampuan pasukan untuk menghadapi saingan, biarpun mereka turun dengan
kekuatan baru. Saya tak takut, malah lebih yakin dengan peluang kami mencipta
kemenangan di sana.
“Mereka perlukan masa untuk
membentuk keserasian. Jadi inilah kesempatan terbaik mengejutkan tuan rumah,”
katanya yang akan berangkat lebih awal ke Hong Kong bersama pasukan malam ini
bagi menyesuaikan diri dengan cuaca dan suasana di sana.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 3:18 PM
No comments:
Post a Comment