LAYANGAN kad
merah yang diterima ketua pasukan, Safiq Rahim menyukarkan keadaan Malaysia
ketika tumpas 2-0 kepada Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di
Stadium Hong Kong, malam ini. - REUTERS
10 Oktober
2017 9:57 PM
KUALA LUMPUR
10 Okt. - Malang terus menimpa Malaysia dalam misi melayakkan diri ke Piala
Asia 2019 apabila layangan kad merah terhadap ketua pasukan, Safiq Rahim pada
babak pertama menyebabkan skuad Harimau Malaya hilang hala tuju sebelum
akhirnya tewas 2-0 di Stadium Hong Kong, sebentar tadi.
Kekalahan
kedua itu sekali gus menyukarkan peluang untuk Malaysia mencari tiket ke
pusingan akhir Piala Asia yang akan diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada
5 Januari hingga 1 Februari, 2019.
Malaysia,
yang menghuni ranking ke-166 dunia bermula baik sebelum perancang utama Johor
Darul Ta’zim (JDT), Safiq dilayangkan kad merah gara-gara terpijak pertahanan
Hong Kong, Dani Cancela pada minit ke-39.
Dari saat
itu, Harimau Malaya yang mulai tempang dikejutkan dengan jaringan skuad Dragons
hasil tandukan penyerang Jordi Tarres Paramo, seminit sebelum wisel rehat babak
pertama dibunyikan.
Tuan rumah
yang menduduki tangga ke-147 dunia memanfaatkan sepenuhnya kekurangan Malaysia
apabila menambah gol kedua hanya empat minit selepas babak kedua bersambung
menerusi jaringan penyerang, Jaimes McKee pada minit ke-49.
Layangan kad
merah kepada Safiq hari ini mengulangi detik hitam Harimau Malaya ketika
berdepan Hong Kong dalam perlawanan pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka pada
5 September lalu apabila dua tonggaknya ketika itu, Mohd. Aidil Zafuan Abd
Razak dan Rizal Ghazali dibuang padang. Perlawanan itu bekesudahan seri 1-1.
Kekalahan
terbaharu ini menyaksikan skuad bimbingan Nelo Vingada menghuni tangga tercorot
Kumpulan B dengan hanya mengutip satu mata. Malaysia sebelum ini turut tewas
1-2 kepada Lebanon di Larkin pada 13 Jun lalu. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/video-malang-buat-safiq-peluang-harimau-malaya-kian-sukar-1.536317#ixzz4vBmxP133
© Utusan
Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment