myMetro
Johor Bahru: Pemain tengah
Harimau Malaysia Brendan Gan tidak menafikan aksi kedua menentang Timor Leste
begitu sukar namun kesungguhan rakan sepasukan yang inginkan kemenangan
memberikan keputusan positif.
Dia juga mengakui pada awalnya
belum pasti diturunkan selepas mengalami kecederaan ketika aksi pertama, Khamis
lalu, namun sempat pulih sepenuhnya dan berpuas hati dengan persembahannya
dalam membantu skuad negara menang 3-0 dan layak ke saingan kelayakan peringkat
kumpulan Piala Asia.
“Bukan mudah untuk menentang
Timor Leste pada aksi kedua itu kerana mereka sudah memahami corak permainan
kami. Mereka juga tampak begitu agresif melancarkan serangan.
“Namun taktikal diatur ketua
jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) supaya bertindak pantas menghadang gerakan di
bahagian tengah membuatkan mereka seolah-olah buntu untuk melancarkan
serangan,” katanya.
Brendan menegaskan kemenangan
diraih pada perlawanan itu memberi lebih keyakinan kepada semua pemain untuk
meneruskan rentak permainan lebih konsisten. Malah ia juga memberikan keputusan
positif kepada bola sepak negara yang kerap dikritik apabila mempamer prestasi
tidak menentu.
Dia yang tampak begitu serasi
beraksi bersama Baddrol Bakhtiar enggan membuat perbezaan jika diturunkan
bergandingan dengan Safiq Rahim sebaliknya membiarkan percaturan taktikal
dilakukan Kim Swee.
“Saya sudah tahu corak Safiq
dan Baddrol walaupun kami dalam pasukan berbeza pada saingan Liga Super. Tiada
masalah buat kami untuk membentuk gandingan mantap dalam skuad kebangsaan,”
katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 9:54 AM
BRENDAN (kiri) akui gandingan
dengan Baddrol semakin serasi.
No comments:
Post a Comment