OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.Konsep Raja.
Perkataan raja merupakan istilah yang berasal daripada bahasa sanskrit. Institusi beraja bermula seiring dengan kemasukan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Melayu.Konsep raja dalam masyarakat Melayu tradisional digubal berasaskan sistem feudal, iaitu raja menjadi ketua negara yang menduduki peringkat tertinggi dalam hierarki sosial sesebuah kerajaan atau negara.[1]
Sistem pemerintahan beraja,merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Selepas kedatangan Islam gelaran raja diganti dengan gelaran sultan, Baginda mula dianggap sebagai pemimpin dan ketua agama Islam melalui konsep Amirul Mukminin.[2]
Bagi mengukuhkan kedudukan raja ang luhur dan suci ini, beberapa aspek khas diamalkan bagi membezakan raja dengan golongan pemerintah yang lain.Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[3]Antara pemilikan peralatan khas ialah seperti cop mohor, keris, lembing, kendi, ketur dan sebagainya. Alat muzik Diraja seperti nobat, warna istimewa seperti payung kuning untuk raja dan payung putih untuk anak raja dan keluarga Diraja. Rakyat dikehndaki mencurahkan taat setia terhadap aja mereka yang dianggap sebagai Khalifah Allah dimuka bumi. Sesiapa yang melangar perintah raja diangap mengingkari perintah Allah SWT.[4]
Peranan Raja.
Dalam masyarakat Melayu tradisional hubungan antara raja dan rakyat terjalin berpandukan konsep penaung dan dinaungi. Dalam hubungan ini raja menjadi penaung kepada rakyat jelata. Rakyat bergantung kepada kepada raja bukan sahaja untuk memperolehi perlindungan dari musuh malah memenuhi keperluan dari segi ekonomi.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja bereperanan sebagai pemerintah teringgi sesebuah negara atau kerajaan. Baginda bertanggungjawab dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbian negara.
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[5]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Raja berperanan sebagai penggubal undang-undang untuk memelihara dan mengekalkan keamanan dalam negeri serta menjamin ksejahteraan hidup rakyat jelata. Semua rakyat wajib mematuhi mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan tanpa sebarang persoalan. Raja bertanggungjawab memastikan segala undang-undang yang digubal ini dikuatkuasakan. Baginda menjadi Ketua Hakim dalam membicarakan pesalah dan menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh. Baginda juga berhak untuk memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang diiginkan.
Raja juga berkuasa melantik para pembesar negeri untuk membantu baginda dalam menjalankan pemerintahan dan melicinkan semua urusan pentadbiran negara.[6]
Ketua tentera
Raja bertindak sebagai ketua angkatan tentera dan mengetuai tentera dalam peperangan dengan negara luar. Raja tidak mempunyai pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil rakyatnya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera.
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
Oleh sebab sistem penggantian takhta bercorak warisan , baginda berkuasa melantik bakal pengganti raja dari kalangan putera-putera banginda.[7]
2.Ekonomi
Raja mempunyai kuasa penuh dalam bidang ekonomi dengan menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Raja bertanggungjawab menentukan sistem pungutan cukai. Baginda juga bertanggungjawab melantik wakil kerajaan untuk mengurus khazanah negar dan hasil mahsul kerajaan serta mengendalikan urusan perdagangan di pelabuhan.
Raja tidak mempunyai tenaga buruhnya sendiri, tetapi di bawah sistem kerah, baginda boleh mengerah tenaga rakyat untuk bekerja secara percuma di bawah pengawasan pembesar masing-masing untuk membuat kerja-kerja seperti membina istana, parit dan tali air.[8]
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Selepas kemasukan pengaruh Islam di alam Melayu, raja beperanan sebagai Ketua Agama Islam. Seiring dengan kedudukan ini baginda sentiasa dihormati dan disanjung oleh rakyat. Titah perintah raja tidak boleh dibantah oleh rakyat kerana raja dianggap sebagai Khalifah Allah di dunia.
Baginda juga melantik para pemimpin agama untuk membimbing akyat dalam urusan keagamaan serta memastikan rakyat taat setia kepada raja yang memerintah.
Khalifah Allah di muka bumi. Baginga juga menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[9]
[1] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2013),3.
[2] S,B.Teoh, Norizan Yusuff, Nurul Huda Md.Yusop, Sejarah STPM Penggal 3, (SAP Publication (M) SDN. BHD,2014),5.
[3]“Insitusi Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,(Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2. .
[5]Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[6] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,Edisi Kemaskini (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2014),4.
[7] Ibid,5.
[8] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, Ace Ahead Teks Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-200) Penggal 3,5.
[9]“Insitusi Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3.
No comments:
Post a Comment