ZAHASMI ISMAIL
Yatimin Abdullah
27 Julai 2017 3:55 PM
KOTA BHARU 27 Julai - Kelantan
enggan mengibarkan bendera putih dalam saingan Liga Super musim ini biarpun
tumbang 0-5 ditangan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin.
Pengendali pasukan itu, Zahasmi
Ismail berkata, kekalahan besar tersebut bukan penamat kepada The Red Warriors
(TRW) dalam usaha kekal dalam saingan Liga Super.
Menurutnya, sebaliknya dia mahu
menjadikan kekalahan besar itu sebagai titik kebangkitan semula TRW dalam
perlawanan selepas ini.
“Saya akan jadikan kekalahan
besar ini sebagai pengajaran untuk kita bangkit,” katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada perlawanan tersebut, Kedah
membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Mohamad Ariff Farhan Md.
Isa.
Penyerang sensasi Kedah, Ken
Ilso Larsen menyumbang dua gol masing-masing pada minit ke-48 dan 60.
Pemain tengah dari Brazil,
Sandro da Silva terus meletakkan tuan rumah selesa mendahului 4-0 menerusi
jaringan pada minit ke-70 sebelum ledakan gol keduanya untuk melengkapkan malam
gemilang tuan rumah. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/belum-masa-kibar-bendera-putih-1.508015#ixzz4oauCGTrC
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment