ARKIB :
02/02/2006
“Dan (mereka
berkata lagi) ‘Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang
mengikut agama kamu’. Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya petunjuk yang
sebenar-benarnya ialah petunjuk Allah’. (Mereka berkata pula jangan kamu
percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan
kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu’.
Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan
Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya: dan Allah Maha Luas
limpah kurnia-Nya, lagi meliputi pengetahuan-Nya.” (Ali Imran: 73)
Huraian
Rasulullah
s.a.w. menghadapi kesukaran dan penentangan daripada golongan yang menentangnya
(bani Israel). Golongan ini beranggapan bahawa agama merekalah yang benar di
samping beranggapan bahawa nabi-nabi itu hanya daripada kalangan mereka sahaja,
bahkan mereka ini melampaui batas dengan menghina orang lain. Mereka juga
berkeyakinan apa yang diperkatakan oleh mereka semuanya benar dan betul (baik).
Dalam hal ini,
Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa nabi-nabi itu tidak hanya terbatas untuk
sesuatu bangsa (Bani Israel) sebaliknya Allah memberikan kepada sesiapa sahaja
dalam kalangan manusia yang dikehendakinya. Sesiapa yang telah mendapat
petunjuk Allah s.w.t. maka tidak ada yang dapat mengalahkannya (disesatkan)
bahkan usaha-usaha mereka akan menjadi sia-sia.
Sikap golongan
ini yang sememangnya terkenal dengan sifat sombong dan ingkar mereka tetap
tidak percaya dengan utusan nabi yang bukan daripada kalangan mereka, apatah
lagi mengakui bahawa umat Islam juga diberikan kitab (al-Quran) sebagaimana
mereka juga. Dengan ini jelaslah bahawa Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui
orang yang berhak dijadikan Rasul (nabi) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Kesimpulan
Anggapan bahawa
nabi-nabi itu hanya daripada kalangan mereka (Bani Israel) merupakan suatu
pemahaman yang benar-benar salah, kerana Allah s.w.t. berkuasa dan berhak
memberikan kepada sesiapa sahaja apa yang dikehendaki-Nya.
- Disediakan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz44keh9Wwa
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment