Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
penduduk meninjau kubur ahli
keluarga mereka di Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang semalam.
KLANG – Kira-kira 100 penduduk
menggesa agar laluan projek rel bandar, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)
dialihkan agar tidak menjejaskan kawasan Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima di
sini yang telah berusia lebih 100 tahun.
Mereka yang merupakan waris
kepada jenazah yang telah dikuburkan di kawasan tersebut meminta pihak
berkenaan mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam sebelum melaksanakan
projek berkenaan.
Kosmo! difahamkan, lebih 200
lot kubur di tanah perkuburan tersebut terpaksa dipindahkan berikutan
pengambilan tanah bagi memberikan laluan kepada projek tersebut.
Seorang waris, Syed Ramli Syed
Abu Bakar, 55, berkata, pihaknya mahu jajaran LRT3 dialihkan agar tidak
mengganggu tanah perkuburan Islam tersebut.
“Kita tidak halang pembangunan
tetapi ia mestilah menghormati sensitiviti orang Islam. Tanah perkuburan ini
sudah melebihi 100 tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan
Islam Simpang Lima di sini semalam.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4KgfH9k7C
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment