Jumaat,
30 September 2016 @ 12:11 PM
Oleh
Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my
Bekas
pemain kebangsaan, Bakri Ibni. - Foto Mohd Yusni Ariffin KUALA LUMPUR: Bekas
pemain kebangsaan, Bakri Ibni mengakui pelik dan berasa aneh dengan keputusan
pengurusan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) yang bertindak memanggil pulang tiga
pemain mereka hanya selepas sehari menyertai kem latihan skuad kebangsaan.
Tiga
tonggak terbabit adalah Zaquan Adha Abd Radzak, Irfan Fazail dan Darren Lok
yang melaporkan diri Selasa lalu sebelum dipanggil pulang pada malam hari yang
sama. Bakri menjelaskan pengurusan pasukan itu sepatutnya sudah melarang dari
awal lagi jika tidak bersetuju pemain mereka menyertai latihan skuad
kebangsaan.
"Sebagai pemain, mereka ada majikan
dan sudah tentu mereka memaklumkan kepada majikan dahulu sebelum menyertai
latihan pusat. "Malah, jika majikan tidak benarkan, dari awal lagi mereka
tidak laporkan diri. Jadi, datang dan panggil balik, saya pun tidak faham. Ada
muslihat ke macam mana saya tak tahu," katanya kepada BH Sukan.
Berdasarkan surat yang dihantar pihak JDT
II, pagi kelmarin menyatakan tiga pemain terbabit hanya akan dilepaskan empat
hari sebelum perlawanan seperti yang termaktub dalam peraturan FIFA. Ia adalah
kes kedua membabitkan pemain dari selatan tanah air itu yang dipanggil pulang
selepas perkara sama terjadi kepada tonggak JDT, Dominic Tan yang didakwa
'lari' dari skuad Projek Sukan SEA 2017, awal bulan ini. Selain itu, Bakri
turut berharap perkara sama tidak berulang kepada pasukan lain yang mana ia
dianggap boleh mempengaruhi sikap pemain yang akan menjadi pemimpin dalam bola
sepak pada masa hadapan.
SUMBER
: http://www.bharian.com.my/node/197523
No comments:
Post a Comment