WARTAWAN SINAR HARIAN
17 SEPTEMBER 2016
Cops masih belum selamat Kehilangan penyerang berbisa De Paula yang digantung perlawanan akibat mengutip kad merah daripada perlawanan pertama sedikit menggusarkan Cops
LEKA bawa padah! Itu amaran Fauzi Pilus kepada pemainnya menjelang pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia bertemu Kelantan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
Pengendali PDRM itu menyifatkan pasukannya masih dalam situasi bahaya meskipun mempunyai sedikit kelebihan berbanding Kelantan.
Pada masa sama, Fauzi menggesa anak buahnya berwaspada berdepan jaguh dari pantai timur itu kerana lawan katanya, amat terdesak untuk melakar kemenangan.
"Biarpun ada kelebihan satu gol, tetapi kami masih belum selamat. Apatah lagi kami kehilangan dua tonggak iaitu De Paula dan Reuben yang digantung perlawanan.
"Kekalahan Kelantan di hadapan penyokong sendiri tempoh hari juga pasti akan membuatkan mereka terdesak untuk mencari gol awal.
"Oleh itu saya menggesa pemain untuk kekal fokus agar dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan.
"Namun, saya percaya barisan pemain yang diturunkan nanti adalah yang terbaik untuk mengekang asakan lawan," ujarnya.
Fauzi turut mengakui sedikit kepincangan di barisan pertahanan perlu diperbaiki untuk perlawanan kedua bagi mengelakkan berputih mata.
Menurutnya lagi, pemain The Cops juga diharap mampu mempamerkan semangat juang tinggi dan mengekalkan disiplin sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 17 SEPTEMBER 2016
No comments:
Post a Comment