Pada hari
ini dalam tahun
1957, Kertas putih
yang mengandungi Perjanjian
Pertahanan antara Britain
dengan Kerajaan Persekutuan
telah diterbitkan serentak.
Kandungan perjanjian yang
mengandungi 12 fasal
ini telah mendapat
kelulusan Majlis Mesyuarat
Undangan setelah dibahaskan
selama dua hari.
Perjanjian ini telah menggariskan bantuan-bantuan yang
akan diberikan oleh
pihak kerajaan Britain
kepada kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu. Antara
kandungannya ialah Britain
bersetuju untuk memberi
bantuan yang dikehendaki
bagi pertahanan luarnya
dan membantu serta
berusaha untuk memajukan
anggota pasukan bersenjata
Persekutuan. Berikutan daripada itu
juga pihak kerajaan
Persekutuan pula, bersetuju
untuk memberi kebenaran
kepada kerajaan Britain
untuk menempatkan tentera
darat, laut dan
udaranya termasuk tentera
khas Komanwel ke
negara ini. Dato’ Abdul
Razak Hussein, Timbalan
Perdana Menteri yang
juga Menteri Pertahanan Persekutuan dalam
kenyatannya telah menyatakan
bahawa perjanjian tersebut adalah mustahak
bagi membolehkan kerajaan
menumpukan perhatian kepada
usaha-usaha memperbaiki keadaan
ekonomi dan sosial
negara.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment