Aksi skuad bawah 19 Malaysia menentang Filipina di Vietnam, hari ini. - Foto Ihsan AFF
BERNAMA
Kuala Lumpur: Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara bermula dengan langkah kanan pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN B-19 selepas mengalahkan Filipina 5-0 pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Hang Day, Hanoi, Vietnam, hari ini
Gol skuad muda negara kendalian Frank Bernhardt itu dijaringkan Mohamad Hariz Kamarudin (minit 37) , Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (minit 41), Muhammad Shah Amirul (sepakan penalti minit 75), Mohamed Syamer Kutty Abba ( minit 79) dan Badrul Amin Rusalan (minit 89).
Malaysia akan menentang Singapura, manakala Filipina berdepan tuan rumah, Vietnam, pada aksi seterusnya di venue sama, Khamis ini.
Filipina sebelum ini kalah 1-2 kepada Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Hang Day.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 9:21 PM
No comments:
Post a Comment