Ad

Thursday, 17 June 2021

Kane hanya fokus julang England

Agensi



KANE (kanan) ketika sesi latihan England di London. FOTO AFP

London: Harry Kane menegaskan spekulasi masa depan bersama Tottenham tidak akan menjejaskan tumpuannya di Kejohanan Eropah dan dia bertambah baik berbanding ketika memenangi Kasut Emas pada Piala Dunia 2018.

Kapten England itu berkata kepada Spurs dia mahu dilepaskan sebelum bermula Euro. Hasrat yang setakat ini belum tertunai ketika usaha kelab mencari pengurus baharu turut berdepan masalah selepas rundingan dengan Paulo Fonseca terhenti dan kini mahu mendapatkan khidmat Gennaro Gattuso.

Kegagalan Tottenham mencari pengganti Jose Mourinho selepas dua bulan pemecatannya mencetuskan keresahan Kane mengenai hala tuju kelab namun Kane, 27, kini hanya fokus membawa kejayaan England.

''Kami perlu menggunakan kelebihan di tempat sendiri sebaik mungkin,'' katanya. ''Itu sahaja yang saya fokus ketika ini. Ia kejohanan yang besar dan saya tahu betapa ia amat bermakna kepada negara.

''Kami tidak pernah menjulang trofi utama untuk sekian lama, jadi untuk mencapainya dengan banyak perlawanan di Wembley pastinya menakjubkan. Saya tetap fokus, begitu juga pasukan dan kami akan melakukan yang terbaik.''Disiarkan pada: Jun 18, 2021 @ 1:03pm.1

______________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/719453/kane-hanya-fokus-julang-england

No comments:

Post a Comment