Ad

Friday, 15 July 2016

BORNEO UTARA (SABAH) DAN LABUAN DIJADIKAN TANAH JAJAHAN BRITISH

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1946,  Borneo  Utara  dan  Pulau  Labuan  telah  diisytiharkan  dengan  rasminya  sebagai  tanah  jajahan  takluk  Kerajaan  Baginda  Raja Britain.  Perintah  Penyerahan  bertarikh  10  Julai  1946  telah  dibacakan  oleh  Jeneral Gimmons.  Dengan  Perintah  Penyerahan  ini  Piagam  Borneo Utara 1881 dan Perjanjian  1886  telah  terbatal.   Ketika  menyampaikan  ucapannya  Jeneral  Gimmons menyatakan,  berkuatkuasa  mulai  tarikh  tersebut  Labuan  dan  Borneo  Utara  akan diletakkan  di  bawah  perlindungan  Diraja  British  dan  seluruh  hak  kerajaan  telah  dipindahkan daripada  jurisdiksi  di  Singapura  kepada  Crown di  British.  Dalam  ucapan  menerima  penyerahan  itu,  Gabenor  Jeneral  Malcolm  Mac Donald menyatakan  bahawa  Borneo  Utara  adalah  sebahagian  daripada  jajahan  takluk dan penduduk-penduduknya  adalah  warganegara  British.  Syarikat British Borneo Utara merupakan syarikat Inggeris yang terakhir diamanahkan untuk melaksanakan perkembangan  ekonomi  dan  juga  penjajahan  di wilayah-wilayah  dalam  takluk British.  Perisytiharan  ini juga  telah mendapat sambutan yang baik daripada wakil-wakil suku dan kaum di Sabah.

SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids

No comments:

Post a Comment