Ad

Friday 22 July 2016

Khairul cipta rekod hidup dengan 300 ular 42 hari

FLANGKAWI 1 Jan. - Satu rekod baru tercipta hari ini apabila seorang penjinak ular berjaya hidup bersama hampir 300 ekor ular tedung senduk dan kala jengking dalam bilik khas, di sini untuk selama 42 hari.

Kejayaan Khairul Anuar Johari, 25, mengatasi rekod yang dicipta gurunya, Mohd. Noor Abdullah selama 35 hari tahun lalu, akan dirujuk kepada Buku Rekod Malaysia (MBR) untuk pengiktirafan.

Selepas mendapat pengiktirafan MBR, ia akan dirujuk pula kepada Buku Rekod Dunia Guiness memandangkan percubaan ini dianggap bertaraf antarabangsa.

Menurut Khairul, sejak 20 November lalu, beliau bernasib baik kerana tidak menerima banyak tentangan dari 'haiwan-haiwan berbisa' sebilik dengannya melainkan dua kali disengat seekor kala jengking tengah hari semalam.

Kongsi Konten di :

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_05.htm#ixzz4F8FVXSnB © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment