Ad

Friday 8 July 2016

SISTEM RESIDEN SIRI 2

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pengubahsuaian Pentadbiran .
Pengenalan Sistem Residen.
1.Pengenalan Sistem Residen.
Sistem Residen diperkenalkan secara rasmi di Perak 1874 selepas Perjanjian Pangkor dan kemudiannya diperluaskan ke Selangor 1875, Pahang 1888 dan Negei Sembilan 1889. Sistem Residen merupakan satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di Negeri-Negeri Melayu di Pantai Barat Tanah Melayu.[1]

      Mengikut Sistem Residen, Residen ialah seoang pegawai British yang dilantik untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu mesti dipatuhi dalam semua perkara, kecuali berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Walaupun Perjanjian Pangkor dikatakan menjamin kedaulatan raja-raja dan kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai wilayah di bawah perlindungan British, tetapi kuasa memerintah kuasa memerintah sebenarnya berada di tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan.[2]

      Residen berkuasa dalam semua sistem pentadbiran negeri, termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas hasil negeri.Raja-raja Melayu kini terpaksa patuh kepada nasihat Residen yang bertanggungjawab kepada Residen Jeneral, iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat.[3]British perkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.[4]



[1] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,(Shah Alam:Fajar Bakti,2003),340.
[2] Ibid,340
[3] Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia,(Shah Alam:Fajar Bakti,2000),298.
[4] “Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.” dalam dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.

No comments:

Post a Comment