Ad

Wednesday, 13 July 2016

PENUBUHAN KONFIDERASI NEGERI SEMBILAN 13.7.1889

Pada   hari  ini  dalam  tahun  1889,  satu  persetujuan  pembentukan  satu  Konfiderasi  yang  dinamakan  Negeri  Sembilan  telah  dicapai. Yam  Tuan  Besar  Sri  Menanti  Tuanku  Mohamad  ibni  Almarhum Tuanku  Antah  bersama-sama  pemerintah-pemerintah  Johol (termasuk Gemenceh), Inas, Ulu Muar, Jempol,  Gunung  Pasir  dan  Terachi,  bersama-sama  dengan  Tunku  Syed  Hamid  pemerintah  Tampin dan  Dato  Setia  Raja  dari  Rembau  dengan  rasminya  telah  bersetuju  menerima  perlindungan  British  melalui  satu  satu   perjanjian  yang  telah  ditandatangani  bersama oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil C. Smith.  Seorang  Residen  British  dipersetujui  akan  dilantik  untuk  membantu  pentadbiran Kerajaan  Konfiderasi  ini.  Dengan  penubuhan  Konfiderasi  ini,  maka  kawasan  Negeri  Sembilan  terbahagi  kepada  dua  unit  pentadbiran  yang  diakui  oleh  Inggeris.  Yang  pertama  ialah  kawasan bahagian  Timur  yang  mengandungi  Sungai  Ujung  (termasuk Jelebu)  di  bawah  Residen  Sungai Ujung iaitu  W.F.B. Paul,  manakala  bahagian  Barat  dengan  nama  Negeri  Sembilan terletak  di bawah Residen Negeri Sembilan, Martin Lister.  Pada 8  Ogos, 1895,  satu  lagi  perjanjian  telah  ditandatangani  di hadapan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Charlis Bullen Hugh Mitchell mengenai  penubuhan  Konfiderasi Negeri Sembilan yang lebih  besar  dengan   Martin Lister telah dilantik sebagai Residennya yang  pertamanya

SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids

No comments:

Post a Comment