Ad

Sunday 17 July 2016

PERASMIAN HARI KOPERASI ANTARBANGSA YANG KE-54

Menabung memainkan peranan yang penting dalam menjamin masa depan kita. Di antara kegiatan menambung di negara ini ialah melalui koperasi. Pelbagai koperasi telah ditubuhkan di negara ini terutama yang ada kaitan dengan kumpulan tertentu seperti pegawai kerajaan, para petani, penternak serta nelayan. Usaha-usaha penambungan ini selain daripada menjamin masa depan individu juga akan dapat memperluaskan kegiatan penyimpanan dan pelaburan yang selamat dan menguntungkan. Di antara aktiviti-aktiviti koperasi yang dijalankan di negara ini seperti sambutan Hari Koperasi Antarabangsa, terutama tentang menyedarkan masyarakat peranan yang boleh dimainkan oleh mereka melalui koperasi. Atas matlamat yang dimaksudkan di atas pada hari ini 17 Julai 1976, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya telah diadakan perasmian hari Koperasi Antarabangsa yang ke-54 oleh Perdana Menteri, Malaysia Datuk Hussein Onn. Gerakan Koperasi di negara ini bermula sejak tahun 1922 lagi. Namun begitu tidak ramai lagi rakyat yang menyertai koperasi. Daripada 11 juta penduduk, hanya sejuta sahaja yang terlibat iaitu kurang daripada 10 peratus daripada jumlah penduduk berbanding dengan negara-negara maju ahli koperasi di antara 25 hingga 40 peratus daripada jumlah penduduk. Berucap semasa perasmian kerajaan mengakui koperasi dapat memainkan peranan yang penting bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.  Sesungguhnya dengan adanya sambutan Hari Koperasi Antarabangsa ini, yang disambut oleh lebih daripada 326 juta orang ahli, dengan 66 buah negara yang bergabung di dalam Ikatan Koperasi Antarabangsa akan dapat menyemarakkan lagi semangat ahli-ahli koperasi menjayakan koperasi yang mereka libatkan diri.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/hids

No comments:

Post a Comment