Ad

Tuesday 26 July 2016

Pakma jadi tarikan

ARKIB : 16/02/1998
Pakma jadi tarikan
 
BUNGA pakma yang terdapat di Taman Negara, Gunung Gading di Lundu yang dikatakan bunga paling besar di dunia.

KUCHING 15 Feb. _ Pernahkah anda melihat bunga pakma atau nama saintifiknya 'rafflesia' yang dikatakan bunga paling besar di dunia?.

Bunga tersebut sentiasa menjadi tarikan orang ramai khususnya para pengunjung kerana mempunyai ciri-ciri yang istimewa.

Selain besar dan mempunyai bau yang busuk, kelopak bunga 'rafflesia' dikatakan mengandungi nilai-nilai perubatan kerana boleh menyembuhkan penyakit luka.

Bagaimanapun, kajian oleh para saintis juga mendapati bunga gergasi itu turut mengandungi bahan beracun dan perlu dijauhi oleh manusia.

'Rafflesia' bukan saja boleh ditemui di Sabah tetapi ia juga boleh disaksikan di Taman Negara Gunung Gading di Lundu, kira-kira 80 kilometer dari sini.

Menurut pegawai taman negara itu, Sem Pasan, taman itu merupakan satu-satunya tempat di Asia untuk menyaksikan 'rafflesia tuan mudae' satu daripada tiga spesis yang terdapat di Sarawak.

Katanya, 'rafflesia' memang kelihatan cantik apabila kembang tetapi baunya tidaklah begitu enak dihidu.

''Sesetengah orang berkata baunya seperti bangkai haiwan atau bau tandas yang kotor,'' ujarnya kepada sekumpulan pemberita dan jurugambar yang melawat Taman Negara Gunung Gading baru-baru ini.

Sem berkata, Taman Negara Gunung Ganding mempunyai keluasan sebanyak 4,196 hektar dan telah diwartakan pada 1983 untuk mewujudkan zon pemuliharaan bagi tumbuhan itu yang hampir pupus.

Katanya, ciri-ciri biologi bunga 'rafflesia' masih lagi menjadi misteri tetapi baunya sentiasa menarik serangga debunga ketika bunga itu berkembang selama seminggu

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm#ixzz4FVmslSPj © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment