oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1987, Jabatan Pelajaran
negeri Pahang telah membuka sebuah lagi kelas Tingkatan 6 Rendah di Sekolah
Menengah Jengka 2, dekat Bandar Pusat Jengka.
Pada tahun 1988,Pra-Universiti SMK Jengka 2 telah ditubuhkan. Pra-Universiti di
SMKJ2 telah ditubuhkan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Bin Mohammad. Beliau
merupakan mantan Pengarah Pelajaran Pahang. Kumpulan pertama seramai 36 orang
pelajar sekolah itu ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menduduki kelas
Tingkatan 6 Rendah aliran Sastera. SMK Jengka 2 merupakan sekolah luar bandar
yang pertama mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri untuk membuka
kelas Tingkatan 6, bagi menempatkan belas pelajar yang lulus Sijil Pelajaran
Malaysia tahun lepas. Sebelum ini pelajar SMK Jengka 2 terpaksa melanjutkan
pelajaran Tingkatan 6 mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran atau di
Kuantan.[1]
Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987,
Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar
yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan
telah melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[2]
Menurut Abdul Rahim bin Haji Mohamad, PengetuaSMK Jengka 2 ketika itu, satu
sejarah yang perlu dicatat ialah tertubuhnya kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera
yang dipelopori oleh 39 orang pelajar. Pada 4 Mei 1987 pelajar-pelajar
Tingkatan 6 Rendah Sastera mula melapor diri. Pada tanggal 25 Mei 1987
pengubahsuaian bilik telah dibuat di Blok E bagi penempatan pelajar Tingkatan 6
Rendah Sastera. [3]
Menurut Puan Rohana Mat Ripin lagi, antara pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera
ketika itu ialah Zakuan Che Yusof, Abdul Rashid Mat, Noraini Osman, Sarina
Idrus, Zuraida Hashim, Ajura Ahmad, Rosli Md Din Mior Sharifuddin M. Yaakob.[4]
Ketua Tingkatan 6 Rendah Sasteraialah Manizam bin Musa, manakala Guru Tingkatan
6 Rendah Sastera pula ialah Puan Sarimah binti Mohamad. [5]
No comments:
Post a Comment