Ad

Monday, 4 July 2016

Cari buluh jumpa bom

 
BOM lama zaman Jepun yang ditemui.
Abnor Hamizam Abd Manapam@hmetro.com.my
Bahau: Rutin seorang lelaki mencari buluh di ladang sawit berhampiran Kampung Orang Asli Langkap, Dangi dikejutkan dengan penemuan sebutir bom lama, kelmarin.

Bom dipercayai digunakan ketika zaman penjajahan tentera Jepun ditemui di kawasan semak di ladang berkenaan, kira-kira jam 3.40 petang.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, curiga dengan penemuan itu, lelaki berusia 47 tahun kemudian meminta bantuan sekumpulan pekerja ladang yang tinggal di rumah kongsi.

Katanya, sebaik pekerja berkenaan memaklumkan objek itu bom, lelaki itu terus pulang ke rumahnya.

“Lelaki itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Dangi jam 10.51 malam sebelum jam 11 malam hari sama, sepasukan anggota dari Balai Polis Bahau dan Dangi bersama pengadu ke lokasi penemuan bom berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bom itu diletakkan berdekatan dengan pokok sawit dipercayai sudah dialihkan dari lokasi asal ia ditemui.

Menurutnya, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dipanggil sebelum bom jenis Artillery Shell itu diletupkan, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 10:36 AM

No comments:

Post a Comment