Ad

Saturday 16 July 2016

PENGANUGERAHAN GELARAN TUN KEPADA DATUK HUSSEIN ONN

Pada hari ini 16.7.1981, bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Hussein Onn telah dianugerahkan dengan darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran 'Tun', iaitu sehari sebelum beliau melepaskan jawatan PM atas sebab-sebab kesihatan. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang di Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dalam satu istiadat di Istana Negara. Di upacara yang sama, Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad juga telah mengangkat sumpah jawatan. Gelaran yang tertinggi negara ini diberikan kepada Datuk Hussein sebagai tanda penghargaan negara di atas jasa dan khidmat beliau kepada rakyat dan negara. Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-3 pada 14 januari 1976 setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia di London. Sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1970 dan dilantik sebagai timbalan Perdana Menteri pada tahun 1973, di samping itu turut memegang potfolio Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam Tun Hussein Onn merupakan seorang tokoh politik yang tegas dan berpendirian teguh serta sangat mengambil berat soal-soal hubungan di antara kaum. Oleh itu tidak hairanlah beliau juga turut di kenali sebagai Bapa Perpaduan Negara.
KEPUTUSAN LIGA SUPER  16.7.2018

SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/hids

No comments:

Post a Comment