Ad

Friday, 8 July 2016

TAN SRI TEMENGGONG JUGAH MENINGGAL DUNIA 8.7.2016

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1981,  Tan  Sri  Temenggong  Jugah  anak  Barieng ,  pemimpin  kaum  Iban  yang  disegani  telah  meninggal  dunia  pada  usia  81  tahun. Temenggong  Jugah  yang  dilahirkan  pada  tahun  1903,  memulakan  perkhidmatan  dengan  kerajaan  Sarawak  sebagai  Penghulu  Merirai  dalam  daerah  Kapit  pada  tahun  1926  dan  telah  dilantik  sebagai  Temenggong  Daerah  Kapit  pada  tahun  1952  dan  kemudiannya  sebagai  Temenggong  di  Bahagian  Ketujuh  Sarawak  sehinggalah  beliau  bersara  dalam  bulan  September  1973.  Beliau  juga  pernah  memegang  jawatan  sebagai  Menteri  Persekutuan  Hal  Ehwal  Sarawak.  Temenggong  Jugah  juga  turut  dikenang  sebagai  pengasas  kepada  penubuhan  Parti  Anak  Sarawak  (PESAKA).  Beliau  merupakan   salah  seorang  tokoh  daripada  Sarawak  yang  terlibat  dalam  rundingan  perjanjian  pembentukan  Malaysia  di  London  pada  tahun  1963.  Sesungguhnya  beliau  akan  tetap  terus  dikenang  sebagai  salah  seorang  pemimpin  negeri  Sarawak  yang  telah  besusah  payah  memperjuangkan  kemerdekaan  Sarawak  menerusi  Malaysia  pada  tahun  1963.

SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/hids

No comments:

Post a Comment