14 Julai 2016 6:18 PM
KUALA LUMPUR 14 Julai - Pada
ketika peminat bola sepak negara masih dalam kebingungan ekoran tindakan empat
tonggak kebangsaan bersara secara mendadak, skuad Harimau Malaysia bagaimanapun
menerima khabar gembira apabila mendaki enam anak tangga dalam ranking
terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
Jurulatih Malaysia, Datuk Ong
Kim Swee pasti orang paling gembira menyaksikan skuad bimbingannya naik ke
kedudukan 167 dunia, berbanding 173 dunia sebelum ini.
Kim Swee bukan sahaja terpaksa
berdepan isu persaraan mengejut kapten dan penolong kapten, Safiq Rahim serta
Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, selain S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal,
malah pasukannya sebelum ini turut dikritik gara-gara mengadakan aksi
persahabatan di kepulauan Oceania sepanjang Ramadan lalu yang disifatkan
sesetengah pihak sebagai satu pembaziran.
Bagaimanapun, beberapa aksi
persahabatan yang diharungi pasukannya itu membantu kepada kenaikan ranking
dunia dan memberi sedikit motivasi kepada Harimau Malaysia sebelum menghadapi
Piala AFF, November ini. - UTUSAN ONLINE
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ranking-naik-ceriakan-harimau-malaysia-1.353576#sthash.VTWfxmmG.dpuf
No comments:
Post a Comment