28 Julai 2016 6:32 PM
KUCHING 28 Julai - Raja Pecut
Sukma, Khairul Hafiz Jantan membuktikan seleranya belum berkurangan apabila
berjaya memecahkan rekod kejohanan acara 200 meter petang ini, kurang 24 jam
selepas mencipta rekod kebangsaan 100 meter.
KHAIRUL HAFIZ JANTAN
Catatan 21.14 saat di pusingan
separuh akhir acara 200m di Stadium Sarawak itu mengatasi rekod 14 tahun milik
bekas pelari pecut negara berasal dari Terengganu, Nazmizan Muhammad iaitu
21.33s yang dilakukan di Sukma 2002 di Sabah.
Persembahan cemerlang Khairul
Hafiz itu pasti menjanjikan sesuatu yang menarik di final yang akan diadakan
pada pukul 9.30 pagi esok.
"InsyaAllah...saya akan
cuba buat yang lebih baik esok," katanya kepada pemberita.
Atlet berusia 18 tahun dari
Melaka itu pernah mencatat masa 21.01s di separuh akhir Kejohanan Remaja Asia
ke-17 di Ho Chi Minh, sebelum berpuas hati dengan 21.15s di perlumbaan akhir
untuk membawa pulang pingat perak.
Ketika ini rekod kebangsaan
200m masih milik Tan Sri M. Jegathesan iaitu 20.92s yang dicatat di temasya
Sukan Olimpik 1968 di Mexico.
Atlet muda itu kini menjadi
sebutan selepas berjaya memecahkan rekod 100m 10.30s berusia 18 tahun milik
Watson Nyambek dengan catatan baharu 10.18s, semalam. - BERNAMA
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/khairul-hafiz-cipta-rekod-kedua-dalam-masa-24-jam-1.363252#sthash.VygTxr85.dpuf
No comments:
Post a Comment