Ad

Tuesday 19 July 2016

Adam julang Selangor

PEMAIN Selangor Andik Vermansyah (tengah) dikekang pemain Kuala Lumpur.
Firdaus Hashim
@hmetro.com.my

Shah Alam: Adam Nor Azlin muncul penyelamat Selangor apabila jaringannya pada minit-minit akhir perlawanan memastikan juara bertahan Piala Malaysia itu meraih kemenangan pertama selepas menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur dalam Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Red Giants yang menurunkan import baharu di bahagian pertahanan, Ugochukwu Ukah selepas menerima sijil perpindahan pemain (ITC) dari AEL Kalloni semalam dilihat berjaya mengemudi benteng pertahanan tuan rumah dengan kemas.

Bagaimanapun, sebahagian besar aksi babak pertama menyaksikan anak buah Zainal Abidin Hassan dihampakan oleh kegagalan rangkaian penyerang mereka menyudahkan peluang, terutamanya menerusi gandingan Patrick Ronaldinho dan Hazwan Bakri.

Pada minit ke-62, skuad Merah Kuning seharusnya mampu memimpin perlawanan menerusi tandukan Ukah selepas bekas pertahanan Nigeria itu menyambut baik sepakan sudut namun percubaan itu sempat dihalang di atas garisan oleh pertahanan Kuala Lumpur.

Menuju ke penghujung saingan, Zainal melakukan pertukaran dengan memasukkan Adam dan membawa keluar Hazwan. Tidak sampai dua minit di atas padang, Adam berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-88 apabila dia melepaskan rembatan padu sekali gus memberi tiga mata pertama buat tuan rumah.

Sumner-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 10:56 AM

No comments:

Post a Comment