Ad

Friday, 22 July 2016

Wanita hidup dalam 3 abad meninggal dunia

WASHINGTON 31 Dis. - Sarah Knauss, wanita yang mencatat nama dalam Buku Rekod Guinness sebagai orang tertua di dunia, meninggal dunia semalam, dua hari menjelang akhir abad ini untuk mencatat sejarah sebagai wanita yang hidup dalam hampir tiga abad, akhbar Philadelphia Daily News melaporkan hari ini.

Knauss yang tinggal di sebuah rumah orang tua Allentowns di Pennsylvania sejak sembilan tahun lalu, meninggal dunia semalam akibat sakit tua.

Dinamakan Sarah Clark semasa dilahirkan pada 24 September 1880, beliau menjadi manusia tertua di dunia pada tahun 1998 ekoran kematian seorang wanita dari Kanada yang berusia 117 tahun, lapor akhbar tersebut.

Knauss, anak sulung dalam keluarganya hidup selama enam generasi. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan dan beberapa orang cucu. - AFP

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm#ixzz4F80f1dHF © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment