Ad

Wednesday 27 July 2016

Permainan tradisi 'berlaga buah keras'

ARKIB : 19/02/1998
Menurut perspektif sejarah, permainan itu dibawa oleh seorang bangsawan Bugis dari Makasar yang bernama Tok Tuan pada tahun 1720 dan membuka perkampungannya di sebuah tempat yang bernama Makasar, di daerah Pekan.

Dr. W. Lenehein, JMBRAS VO.1XIV. part II. Januari 1936 menulis permainan itu cukup popular di Pahang semasa pemerintahan Sultan Ahmad (1882-1914), Sultan Mahmud (1914-1917) dan zaman Sultan Abdullah (1917-1932).

Berlaga buah keras sering dimain-kan bersempena majlis keramaian ketika menyambut pembesar negeri berangkat melawat ke kawasan kampung.

Lebih meriah lagi di kalangan rakyat di Pahang menjadikan permainan itu untuk bertaruh wang ringgit bagi menghasilkan pulangan yang lumayan apabila memperoleh kemenangan.

Unsur terpenting untuk menghi-dupkan permainan tradisi itu ialah buah keras itu sendiri, alat pengapitnya, pengalas atau pelapiknya.

Buah keras betina dan buah gandung (berbentuk seperti telur ayam) merupakan pilihan utama untuk digunakan dalam permainan itu.

Pelbagai cara pemerosesan bagi membolehkan buah keras itu kuat seperti direndam ke dalam air asam gelugur, menggoreng sehingga kekuningan kemudian disapu dengan manisan (gula) kabung.

Manakala alat pengapit buah keras diperbuat daripada kayu-kayan yang teguh daripada jenis sena, merawah dan meranti. Manakala pada bahagian yang akan diletakkan buah keras itu disalutkan dengan timah atau tembaga.

Pengalas atau pelapik buah keras dalam pengapit diperbuat daripada ijuk (jerami) dan sabut. Pengalas itu berfungsi untuk mengimbangi dan mengelakkan daripada berlaku pergeseran semasa proses perlagaan.

Mengikut peraturannya, permainan itu diserta oleh dua pasukan yang terdiri daripada dua orang penghencang yang mewakili pasukan masing-ma-sing.

Menang atau kalah pertaruhan an-tara dua pasukan bergantung kepada ketahanan buah keras serta kebijaksanaan dan kegagahan penghencangnya.

Menghencang (menghentak dengan kaki) merupakan peringkat terakhir yang cemas dan mendebarkan.

Berbagai aksi dan gaya tari seolah-olah bersilat dilakukan oleh kedua-dua orang yang menghencang buah keras itu pada pengapit.

Jika salah sebijinya pecah, kemenangan berpihak kepada pemilik buah keras yang tahan lasak dan kuat.

Di samping mengisi masa lapang pada majlis keramaian, pemain tetap mencari idea untuk menguatkan buah keras masing-masing untuk memenangi pertaruhan.

Apabila penipuan berlaku terhadap buah keras, perbalahan kerap berlaku antara kedua-dua pihak.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm#ixzz4FWqtLnUJ © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment