Rizar Mohd
Noor-sukan@hmetro.com.my
Johor Bahru:
Walaupun mengumumkan persaraan daripada menyertai skuad kebangsaan namun ia
tidak menjejaskan kapten Safiq Rahim (gambar dua dari kiri) membantu Johor
Darul Ta’zim (Johor DT) meraih kemenangan besar 5-0 membelasah Kedah, malam
kelmarin.
Lebih manis
apabila bekas kapten Harimau Malaysia itu meledakkan dua gol untuk membantu
skuad Harimau Selatan kekal di persada liga dan ia juga melegakan ketua
jurulatih Mario Gomez yang jelas bangga dengan ksungguhan barisan pemainnya.
Bagi Safiq
keputusan bersara daripada skuad kebangsaan tidak menganggu tumpuannya untuk
mempamerkan aksi konsisten apabila bingkas menguasai posisi tengah bersama
Hariss Harun hingga sukar buat anak didik Tan Cheng Hoe melakukan percubaan
berbahaya.
“Tumpuan saya
tidak terjejas biarpun membuat keputusan bersara daripada menyertai skuad
kebangsaan sebaliknya saya kena beri persembahan terbaik untuk membantu Johor
DT meraih kemenangan malah saya sudah mengumumkan ingin bersama pasukan itu
mengharungi kempen liga dan Piala AFC.
“Saya amat lega
kerana kesilapan ketika menentang PKNS tempoh hari ditebus dan saya akui
terpaksa bergelut pada aksi itu namun pada perlawanan menentang Kedah, saya
berjanji kepada diri sendiri untuk pamer aksi terbaik dan bersyukur kerana
membantu Johor DT menang,” katanya.
Mengulas lanjut
mengenai persaraan bersama skuad kebangsaan, Safiq optimis betapa ada pemain
yang lebih baik daripadanya bagi menggalas tugas yang ditinggalkan terutama
barisan pemain muda.
Katanya, pemain
yang sedia ada pada saingan Liga Malaysia memiliki bakat besar dan mampu
diketengahkan malah dia tidak menganggap dirinya terbaik sebaliknya ada pemain
yang lebih baik daripadanya.
“Sokongan
daripada rakan dalam skuad kebangsaan amat penting jika mereka dipilih
menyertai pasukan itu kerana tanpa sokongan daripada mereka sudah tentu sukar
untuk beraksi dengan baik,” kata Safiq.
Sumber-Artikel
ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 9:47 AM
No comments:
Post a Comment