Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar dan merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembanggunan Jengka. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 bermula dengan empat orang guru dan lapan puluh tujuh pelajar sahaja. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 januari 1973. Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina sepenuhnya. Beliau diarahkan untuk untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.
Kedudukan dua kelas awal SMK Jengka 2-sumber Muhammad Zain Mat pelajar tahun 1973.
SK Jengka 2 tempat SMK Jengka menumpang diawal pembukaanya 1.1,1973
Bangunan yang menempatkan dua kelas SMK Jengka 2
Salah satu kelas Tingkatan 1 SMK Jengka 2 tahun 1973.
No comments:
Post a Comment