Ad

Saturday, 2 July 2016

Suspek tendang curi ditahan

 
VIDEO lelaki yang menendang wanita terbabit. FOTO ihsan pembaca
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz-azimfitri@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Suspek lelaki, 33, ditahan selepas dipercayai menendang seorang wanita di jejantas menghubungkan Bank Negara dengan Pusat Beli Belah Sogo, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, suspek ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sekitar Jinjang, di sini, jam 11.30 malam tadi.


"Siasatan polis mendapati kejadian yang viral di media sosial berkaitan seorang lelaki gila menendang daripada arah belakang memang benar berlaku. Ekoran kejadian itu mangsa yang bertugas di Bank Negara mengalami kecederaan di pipi kanan akibat terjatuh.

"Mangsa kemudian memaklumkan kepada polis bantuan di lokasi kejadian sebelum aduan dibuat kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amar memberitahu, suspek sebelum ini juga pernah ditahan kerana cuba menceroboh Bank Negara dengan menggunakan parang.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 3:10 PM

No comments:

Post a Comment