Aziz Singah meninggal dunia
02 Julai 2016 1:28 AM
KUALA LUMPUR 1 Julai – Pelakon
veteran Datuk Aziz Singah, 75, kembali ke rahmatullah akibat penyakit kanser
prostat sekitar pukul 11.30 malam ini.
Aziz Singah
Berita sedih itu disampaikan
sendiri oleh anak beliau, Ruzaimi Aziz.
Allahyarham Aziz popular
menerusi drama bersiri Sembilu Kasih meninggal dunia akibat kanser prostat
tahap empat yang sebelum ini menerima rawatan di hospital.
Penghujung Mei lalu, beliau
dimasukkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya selepas kanser terbabit merebak
dan menjejaskan kondisi tubuh badannya.
Bekas kakitangan RTM yang
berasal dari Negeri Sembilan memulakan karier di Radio Singapura itu juga
pernah terkenal dalam drama bersiri Puspa Jaya Holdings (PJ Holdings) sekitar
tahun 1980-an.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/aziz-singah-meninggal-dunia-1.349237#sthash.WBjpX3du.dpuf
No comments:
Post a Comment