OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Tahun 2003 merupakan tahun pertama saya menjalankan tugas sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2.Sambutab Bulan Kemerdekaan tahun 2003 dijalankan dengan penuh meriah. Sebagai guru Sejarah Tingkatan 6 saya menubuhkan pasukan Drama yang ahlinya terdiri daripada pelajar Tingkatan 6. Hafuzl Che Wail sekali lagi menjalankan tugas sebagai ketua Pasukan Drama Pentas Tingkatan 6 SMK Jengka 2. Beliau dibantu oleh Nurul Anuar dan badan pengawas serta anggota persembahan Kadet Bomba yang saya bentuk tahun 2002 untun acara persembahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Pahang. Pasukan drama ini menjalani latihan hampir sebulan di Dewan Besar SMK Jengka 2. Skrip dan arahan drama disediakan oleh Cikgu Ahmad Yaakob.
No comments:
Post a Comment