Ad

Friday 22 July 2016

SULTAN PAHANG DIISYTIHAR SEBAGAI KETUA PELEMBAGAAN UIA

Sejarah pendidikan tinggi Islam di negara ini semakin nyata apabila tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di negara ini. Selain daripada pengambilan pelajar-pelajar tempatan, universiti ini juga mengambil pelajar daripada luar negara, Universiti Islam Antarabangsa telah ditubuhkan secara rasmi pada 21 Mei 1983, apabila Yang di-Pertuan Agong menandatangani persetujuan penubuhannya. Dalam usaha memantapkan pentadbiran Universiti ini, pada hari ini 22 Julai 1983, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah sebagai Ketua Pelembagaan UIA. Pada masa yang sama Ketua Perlembagaan telah melantik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn, sebagai Presiden UIA yang pertama. Pengumuman ini telah dibuat oleh Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Sulaiman Daud sewaktu melawat Kampus Sementara di Maktab Perguruan Islam, Petaling Jaya, Selangor. Selain daripada pelantikan dua jawatan tertinggi di atas, pelantikan pegawai-pegawai kanan akademik telah dilakukan. Bagi bidang akademik iaitu Prof. Datuk Ahmad Ibrahim sebagai Kuliyah Undang-undang, Prof. Dr.Mohd Kamal Hassan sebagai Syeikh Markaz Ilmu Teras dan Prof. Madya Syed Othman Syed Hussain Al-Habshi sebagai Penyelaras Program Ekonomi dan Pengajian Perniagaan.  Universiti Islam Antarabangsa akan memulakan sesi pengajian buat pertama kali pada 18 Julai 1983, dengan pengambilan 180 orang pelajar daripada dalam dan luar negeri iaitu 130 daripada negara ini dan 50 daripada luar negara. Buat permulaan dua program asas yang diperkenalkan ialah program Undang-undang dan Ekonomi. Dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran ini, usaha-usaha mempercepatkan kemajuan Universiti Islam yang pertama di negara ini akan dapat berjalan dengan lebih lancar lagi.

No comments:

Post a Comment