Ad

Saturday, 12 June 2021

Tak pandai ambil gambar ke?

Agensi



BARISAN pemain Wales mengambil gambar pasukan sebelum bermulanya perlawanan bertemu Switzerland. FOTO AFP

Baku: Wales sekali lagi menghasilkan gambar pasukan yang tidak meyakinkan sebelum seri 1-1 dengan Switzerland pada aksi pembuka tirai kedua-dua pasukan di saingan Euro 2020, semalam.

Gareth Bale dan rakan sepasukannya duduk di bahagian depan dengan hanya lima pemain berdiri di belakang sekali gus menyaksikan kedudukan pemain dalam gambar itu agak pelik.

Ini bukanlah kali pertama Wales tidak serius mengambil gambar, malah mereka pernah melakukan perkara lebih teruk sebelum melakar kemenangan 2-0 ke atas Moldova pada kempen kelayakan Piala Dunia 2017.

Mengambil gambar dengan tiada susun atur pemain dilihat sudah menjadi kebiasaan untuk Wales termasuklah ketika 2017 itu.

Gambar pasukan Wales ketika itu menyaksikan tiga pemain berdiri di belakang manakala lapan lagi duduk di depan.

Bercakap mengenai perkara berkenaan, pemain Wales, Joe Ledley ketika itu pernah berkata, tradisi itu bermula selepas melihat betapa teruknya mereka di dalam gambar.

"Pada mulanya kami tidak ambil kisah, tetapi kemudian menerima beberapa keping gambar yang sama dan ia sangat teruk.

"Saya tidak berasakan kami akan dapat mengambil gambar yang sempurna," katanya.

Disiarkan pada: Jun 13, 2021 @ 12:58pm

No comments:

Post a Comment