Ad

Saturday, 12 June 2021

Karier Eriksen mungkin berakhir

Agensi



BARISAN pemain Denmark memanggil pasukan perubatan untuk merawat Eriksen. FOTO AFP

Copenhagen: Christian Eriksen tidak mungkin lagi bermain bola sepak dan Itali tidak membenarkan pemain Inter Milan itu daripada beraksi jika dia mengalami masalah serangan jantung, kata pakar kardiologi.

Pemain berusia 29 tahun itu rebah di atas padang ketika perlawanan pertama Denmark di saingan Euro 2020 bertemu Finland hari ini disyaki kerana serangan jantung dengan laporan mendakwa jantung pemain tengah itu terhenti selama lima minit.

Dia memerlukan rawatan di tepi padang dan dilaporkan stabil ketika dikejarkan ke hospital namun timbul kebimbangan mengenai tahap kesihatan serta perjalanan kariernya selepas ini.

Pakar perundingan kardiologi NHS, Dr Scott Murray mendakwa, Itali terkenal dengan rekod tidak membenarkan pemain yang mengalami masalah jantung untuk terus beraksi.sekali gus bermakna masalah dialami Eriksen itu mungkin akan menamatkan kariernya di Serie A.

"Ia mungkin pengakhirnya kepada kariernya. Itali tidak membenarkan orang ramai menyertai acara sukan jika mereka mempunyai masalah jantung. Ia terkandung dalam undang-undang.

"Mereka sudah melakukannya sejak sekian lama dan dapat mengurangkan angka kematian akibat serangan jantung dalam sukan daripada tiga peratus kepada sifar," katanya.

Bintang Inter itu tiba-tiba rebah tanpa dicabar mana-mana pemain pada hujung babak pertama perlawanan di Copenhagen sebelum menerima bantuan CPR daripada pasukan perubatan di stadium.

Dia kini dirawat di hospital dan Persatuan Bolasepak (FA) Denmark mengesahkan bahawa Eriksen sudah sedarkan diri.

Ejen pemain itu, Michael Schoots juga mengesahkan dia mampu bercakap ketika sedang melalui pelbagai lagi proses rawatan.

Disiarkan pada: Jun 13, 2021 @ 12:06pm

No comments:

Post a Comment