Ad

Wednesday, 7 December 2016

Faiz dinasihat dapatkan kebenaran penganjur

08 Disember 2016 12:21 AM
Mohd. FAIZ SUBRI (kiri) berhasrat memakai baju Melayu dalam majlis
MOHD. FAIZ SUBRI (kiri) berhasrat memakai baju Melayu dalam majlis mengumumkan pemenang Anugerah Puskas di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan.
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Rizman Nordin, pereka fasyen di bawah jenama Rizman Ruzaini, berpendapat hasrat finalis Anugerah Puskas, Mohd. Faiz Subri untuk memakai pakaian kebangsaan dalam majlis tersebut adalah satu niat murni memperkenalkan busana Melayu tetapi dia harus menghormati kod pemakaian ditetapkan penganjur untuk majlis penyampaian anugerah itu nanti.
Majlis tersebut akan berlangsung di Zurich, Switzerland pada 9 Januari depan dengan Mohd. Faiz tersenarai dalam kalangan tiga calon untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016.
Kata Rizman, setiap majlis formal pastinya mempunyai kod pemakaian yang telah ditetapkan dan Mohd. Faiz perlu mendapatkan penjelasan serta kebenaran daripada penganjur bagi memakai pakaian kebangsaan.
Sekiranya pihak penganjur memberikan kebenaran kepada pemain Pulau Pinang itu memakai pakaian kebangsaan, Rizman menasihatkan penyerang berusia 29 tahun itu memilih warna hitam untuk disesuaikan dengan majlis formal tersebut.
“Pemilihan warna amat penting untuk pakaian kebangsaan yang ingin dipakai oleh Mohd. Faiz dan pandangan saya adalah amat sesuai andai dia dapat menggunakan warna hitam dengan sampin berwarna emas.
“Warna tersebut amat sesuai dan tidak nampak terlalu menonjol untuk majlis formal sedemikian, dan dalam masa sama dapat memperkenalkan pakaian kebangsaan kepada dunia.
“Kadang-kala ada penganjur yang amat tegas berkaitan kod pemakaian yang telah ditetapkan dan ada yang sebaliknya namun semuanya harus dirujuk semula kepada pihak penganjur terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Selain Mohd. Faiz, dua lagi calon untuk anugerah tersebut ialah pemain Cortinthians dari Brazil, Marlone dan Daniuska Rodriguez (AFF San Diego/Venezuela).

SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/faiz-dinasihat-dapatkan-kebenaran-penganjur-1.417472#sthash.URKAWH2W.dpuf

No comments:

Post a Comment