Ad

Wednesday, 14 December 2016

WAN MOHD. SAMAN MENINGGAL DUNIA 14.12.1898

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1898,  Wan  Mohd.  Saman,  tokoh yang terkenal  dengan  jasanya  membangunkan  ekonomi negeri  Kedah melalui  projek-projek  pertanian telah  meninggal  dunia  dan  dimakamkan  di  Makam  diRaja  Langgar.  Wan  Mohd.  Saman  telah  berkhidmat sebagai Perdana  Menteri  negeri  Kedah  semasa  pemerintahan  Sultan  Ahmad  Tajuddin  dan  meneruskan  khidmatnya  dibawah  dua  lagi pemerintah  negeri Kedah  iaitu  Sultan  Zainal  Abidin  Muadzam  Shah  II  dan  Sultan Abdul  Hamid  Shah.  Beliau  bertanggungjawab  dalam  mengutarakan idea  untuk  membina  sebuah  terusan  di  sepanjang  Kota  Setar   hingga  ke  Gurun pada  tahun  1885.  Terusan  yang  dikenali  sebagai  terusan  Wan  Mohd  Saman  ini  telah  mengubah  negeri  Kedah  kepada  sebuah negeri  Jelapang  Padi.  Terusan  ini  juga  turut  berperanan  sebagai  laluan  perdagangan  di antara  Alor  Setar  ke  Sungai Petani  hinggalah  ke  Butterworth.  Malah  terusan  ini juga  telah  menjadi  asas  kepada  pembinaan  jalan raya  utama  bagi  negeri  Kedah.  Sesungguhnya,  jasa  dan  sumbangan beliau  terhadap  kemajuan  negeri  Kedah  adalah  amat  besar  dan  layak  digelar  sebagai  Bapa  Pembangunan  Negeri.

SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/

No comments:

Post a Comment