Ad

Sunday 4 December 2016

Gol Faiz mampu cipta sejarah Asia

05 Disember 2016 12:14 AM
JARINGAN Mohd. Faiz Subri pada 16 Februari lalu terhasil menerusi teknik yang unik untuk membolehkan
JARINGAN Mohd. Faiz Subri pada 16 Februari lalu terhasil menerusi teknik yang unik untuk membolehkannya berada dalam senarai tiga calon akhir anugerah Puskas 2016
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) percaya, jaringan ‘ajaib’ penyerang Pulau Pinang Mohd. Faiz Subri mampu mencipta sejarah Asia dengan memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Presiden PFAM, Hairuddin Omar turut mengakui, jari­ngan yang dilakukan pemain berusia 29 tahun itu dalam aksi Liga Super bertemu Pahang sememang­nya layak berada dalam kelompok tiga gol terbaik dunia kerana ia dihasilkan menerusi teknik yang unik.
“Ketiga-tiga gol ada keunikan tersendiri. Bagi Faiz, disenarai sebagai antara gol terbaik dunia adalah satu pengiktarafan besar, malah ia juga pengiktirafan buat Malaysia.
“Bagi saya gol dijaringkan Faiz memang layak berada dalam kedudukan tiga terbaik dan secara peribadi saya dapat lihat peluang cerah untuk dia memenangi anugerah Puskas,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Jaringan Faiz, yang seakan mengulangi gol ‘ajaib’ legenda bola sepak Brazil, Ro­berto Carlos pada 1997 tidak melanggar hukum fizik tetapi dihasilkan menerusi teknik unik yang sangat sukar.
Selain gol Faiz, yang telah menewaskan jaringan dua bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar, dua lagi calon untuk anugerah Puskas 2016 adalah jaringan akrobatik pemain Brazil, Marlone serta pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Tambah Hairuddin lagi, ini merupakan anugerah terbesar buat bola sepak Malaysia meskipun skuad negara masih gagal melayakkan diri ke sai­ngan Piala Dunia.
“Kalau kita tidak dapat piala besar tetapi sekurang-kurangnya dengan kejayaan Faiz ini, ia telah menaikkan nama Liga Malaysia di seluruh dunia,” jelasnya.
FIFA dalam laman web rasminya www.fifa.com berkata, peminat kini berpeluang me­ngundi tiga jaringan terbabit dengan jumlah undian daripada pusingan pertama akan ditambah dengan undian akhir bagi menentukan pemenang anugerah berprestej itu.
Anugerah Puskas pertama kali diperkenalkan pada 20 Oktober 2009 menjadi milik ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo.

SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gol-faiz-mampu-cipta-sejarah-asia-1.416501#sthash.98lCnIrE.dpuf

No comments:

Post a Comment