Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1 Masyarakat,
Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1 Masyarakat jahiliah Semenanjung Tanah Arab
(abad ke-6) STPM 2013
(a) menjelaskan konsep dan struktur masyarakat
jahiliah.
MASYARAKAT JAHILIAH
AI-Quran tidak membatasi masa bagi zaman
jahiliah, tetapi hanya sekadar menyatakan secara umum ruang lingkup zaman
tersebut dengan ungkapan,Jahiliah yang dahulu. Dalam kamus-kamus Arab juga
hanya menyatakan bahawa zaman Jahiliah ialah zaman sebelum Islam, iaitu zaman
sebelum turunnya al-Quran .Dalam konteks masyarakat Arab, zaman yang dipanggil
zaman jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Pada masa itu
tiada nabi yang diutus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan
petunjuk pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan
fizikal yang melambangkan peradaban yang tinggi. Lebih tepat, zaman jahiliah
bermula selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga atau peringkat akhir pemerintahan
Himyar pada tahun 300 M dan berakhir setelah turunnya kitab suci
al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh
kira-kira tiga abad iatu masyarakat Arab pada amnya, telah.mengalami zaman
keruntuhan bukan sahaja dari segi agama dan akhlak tetapi juga dari segi
politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.[1]
Konsep Jahiliah.[Hasil
pembelajaran:menjelaskan konsep jahiliah]
Perkataan Jahiliah berpunca daripada
akar kata jahala dan kata terbitan jahlun atau jahlatun yang bererti bodoh dan
sesat.[2]
Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri
jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu:
(a)zaman yang tidak mempunyai
nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
(b) masyarakatnya tidak
mempunyai peradaban dan tamadun.
(c ) masyarakatnya tidak
berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak.
(d )masyarakatnya jahil kerana
tidak boleh menulis dan membaca.
Jika satu daripada sifat-sifat
tersebut terdapat pada sesuatu zaman atau masyarakat tersebut boleh dianggap
masyarakat jahiliah.Berdasarkan pengertian tersebut, kebenaran pendapat
orientalis Barat seperti P. K. Hitti tentang makna jahiliah boleh
disangkal.Menurut P. K. Hitti, masyarakatArab jahiliah hanya jahil dari segi
agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan mempunyai
tamadun yang tinggi.[3]
Pendapat P. K. Hitti tentang makna
jahiliah dari segi ketepatan sejarah juga boleh dipersoal. Ini kerana kerajaan
Saba' pada Zaman kegemilangannya (pada zaman Ratu Balqis) telah menerima ajaran
Nabi Sulaiman a.s. dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba' sebagai "negeri
yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan". Setelah kerajaan ini ingkar
kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menurunkan bala dan kerajaan ini
mengalami keruntuhan.Di Semenanjung Tanah Arab, zaman yang paling layak digelar
zaman jahiliah ialah zamaln selepas keruntuhan kerajaan Saba', iaitu sekitar
tahun 300 M hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh
masa ini, tiada rasul dan tiada kitab suci diturunkan sebagai petunjuk.Pada
zaman jahiliah, masyarakat Arab berada dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan
dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan.[4]
[1] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford
Fajar,2013),3.
[2] Mahayudin
Hj. Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Ketiga, (Shah
Alam:Oxford Fajar,2013),2.
[3]Mahayudin
Hj Yahya, Tamadun Islam ,(Shah Alam:Oxford Fajar ,1998),5.
[4]Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,6.
No comments:
Post a Comment