Ad

Thursday, 15 December 2016

Semangat luar biasa

 
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan Muhammad Firdaus Omar (gambar) percaya semangat ‘luar biasa’ skuad negara pada Piala Dunia Remaja di Lucknow, India kali ini diharap dapat membantunya serta rakan sepasukan untuk mengharungi saingan peringkat Kumpulan B termasuk perlawanan pertama dengan Belanda, hari ini.

Jelas Firdaus, dengan peluang keemasan diberikan kepada mereka untuk beraksi di pentas berprestij itu di saat akhir, semangat setiap pemain dilihat semakin membara untuk memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan.


“Saya percaya peluang ke suku akhir tetap cerah. Corak permainan kami sudah nampak OK.

“Semangat membara hendak bermain untuk negara itu yang menjadi pemangkin kepada kami kali ini.

“Dengan peluang sebesar ini, saya yakin setiap pemain tidak mahu mensia-siakannya dan akan berikan yang terbaik.

“Kami akan cuba meraih pencapaian paling tinggi,” katanya.

Di atas kertas Belanda sememangnya pasukan pilihan untuk meraih tiga mata penuh, tetapi skuad negara juga perlu bermula dengan baik sekiranya mahu memenuhi sasaran mara ke suku akhir.

Firdaus berharap pengalaman beraksi bersama skuad senior diharap dapat membantunya serta rakan sepasukan lain mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan.

“Ada beberapa pemain termasuk saya pernah bermain untuk pasukan senior.

“Apa yang boleh kami lakukan adalah membantu pemain baru supaya tidak gementar apabila turun beraksi dan sentiasa memberi kata-kata semangat,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 11:03 AM

No comments:

Post a Comment