Ad

Wednesday 21 December 2016

KEGIATAN SOSIAL-POLITIK DI PASIR DI PASIR PUTEH SEBELUM MALAYAN UNION

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.1  Beberapa Pertubuhan Sebelum dan selepas Perang.
      Kegiatan berpersatuan mulai wujud di Pasir Puteh sejak penghujung 1920-an. Bertolak dari sini ia menelurkan pula berbagai-bagai pertubuhan pada tahun-tahun kemudinnya, termasuklah pertubuhan politik UMNO.

1.1.1        New Club.
      Pada awal abad kedua puluh, terdapat sebuah pertubuhan sosio-budaya di Pasir Puteh yang dikenali sebagai New Club. Tarikh penubuhannya tidaklah diketahui, tetapi ia dianggarkan ditubuh pada awal 1927.[1] Persatuan New Club ini bertujuan untuk menggalakkan penduduk tempatan menghasilkan penulisan yang bermutu untuk dimuatkan di dalam Majalah Terot. Ia juga bertujuan untuk mengthidupkan kebudayaan setempat dan memimpin kaum belia untuk menghadapi perubahan dan kemajuan zaman.[2]

      Aktiviti-aktiviti New Club ini berpusat di sebuah kelab yang terletak berhampiran dengan Sungai Semerak, iaitu di Tapak Pejabat Perhutanan Pasir Puteh sekarang. Salah satu perjuangan penting New Club ialah menerbitkan Majalah Terok yang menjadi lidah rasminya pada 15 Mac, 1927.[3]

      Majalah bulanan yang diterbitkan alam tulisan jawi ini merupakan majalah pertama diterbit dan dicetak di Pasir Puteh. Ia memuatkan penulisan-penulisan yang berbentuk keagamaan, ilmu pengetahuan,kesenian dan kebudayaan. Manakala pengarangnya pula terdiri dari Tunku Ismail Pekerma Tunku Raja yang mula bertugas pada 15 Mac 1927, iaitu ketika keluaran sulung majalah diterbitkan. Memandangkan kerja-kerja menerbitkan majalah ini semakin bertambah, maka Tunku Ismail kemudiannya dibantu oleh Mohamad Daud Haji Mohammad Salleh.[4]



[1] Aziz Deraman, “Kelantan Dalam Perspekf Sosi-Budaya,” dlm.Warisan Kelantan V,Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelanta, 1986, hal..6
[2] Temu bual dengan Hj.Mohammad Idris pada 25.8.87, di Jalan Che Yeh, Pasir Puteh, Kelantan.
[3] A.M Iskandar Hj Ahmad, Persuratkhabaran Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1980 hal.26.
[4] Ibid.

No comments:

Post a Comment