Ad

Friday, 9 December 2016

Malaysia juarai Piala Dunia Calisthenics 2016

Akisi pasukan Malaysia di Calisthenics World Cup 2016 di Bahrain baru-baru ini. - Foto Ihsan BigUp Sports

BERNAMA
Sepang: Segala usaha gigih dan latihan selama tujuh bulan ternyata membuahkan hasil apabila Team Malaysia dianggotai lima remaja lelaki menjuarai Piala Dunia Calisthenics 2016 di Bahrain.

Team Malaysia dianggotai dua beradik Zulhilmi Nadzeri, 25, dan Zulfadli Nadzeri, 20, serta Shahrul Aizat Jasri, 20, Sheikh Amirul Adli Sheikh

Gadaffi, 18, dan Engku Mohamad Ikhwan Engku Shamsul, 18, menewaskan 10 pasukan seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Mexico, Sepanyol dan Rusia.


Calisthenics atau senaman jalanan adalah aktiviti fizikal yang sering dilakukan di gimnasium dan di kawasan terbuka seperti taman rekreasi sejak Julai 2013.

Pasukan itu yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini, membawa pulang wang tunai AS$10,000 dan piala. Mereka secara automatik mewakili Malaysia ke kejohanan itu tahun depan. Ini kali pertama Malaysia menghantar wakil menyertai kejohanan yang diadakan pada 2 hingga 3 Disember lalu.

Zulhilmi dan adiknya yang menduduki ranking ke-11 dunia tahun lalu, menubuhkan Team Malaysia kira-kira tujuh bulan lalu, yang menewaskan Sepanyol iaitu juara 2015 pada perlawanan akhir.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 10:23 PM

No comments:

Post a Comment