Ad

Wednesday 7 December 2016

Faiz Subri terharu terima ganjaran daripada Tunku Ismail

SABTU, 3 DISEMBER 2016 @ 8:31 PM 
MOHD. KHUZAIRI ISMAIL  |  06 Disember 2016 5:20 PM
 Mohd. Faiz Subri
Mohd. Faiz Subri
PULAU PINANG 6 Dis. - Pemain tengah skuad Harimau Kumbang, Mohd. Faiz Subri melahirkan rasa terharu atas perkenan Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengurnia ganjaran sebanyak RM15,000 kepadanya.
Menurutnya, kurniaan itu akan menjadi pendorong kepada beliau untuk lebih giat dalam sukan bola sepak bukan sahaja untuk dirinya, malah buat pasukan Pulau Pinang dan pastinya demi kemajuan bola sepak negara.
“Menjadi impian semua pemain untuk memartabatkan nama negara di seluruh dunia dan doa saya agar bola sepak kita akan berada di tahap yang tertinggi suatu hari nanti,” katanya seperti dipetik menerusi laman sosial beliau hari ini.
Terdahulu, laman web rasmi penyokong pasukan Johor Darul Takzim melaporkan, Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenan mengurnia ganjaran itu berikutan kejayaan Mohd. Faiz menempatkan diri sebagai antara tiga calon akhir Anugerah Puskas 2016. – UTUSAN ONLINE
sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/faiz-subri-terharu-terima-ganjaran-daripada-tunku-ismail-1.417016#sthash.iu21Jkzg.dpuf


No comments:

Post a Comment