Ad

Friday 9 December 2016

FAM wajar taja Mohd. Faiz

09 Disember 2016 9:26 PM
 Slug: Penang vs drb hicom.GEORGETOWN 18 OGOS 2015 - PEMAIN Pulau
Slug: Penang vs drb hicom.GEORGETOWN 18 OGOS 2015 - PEMAIN Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri meraikan jaringannya dalam perlawanan Piala Perdana menentang DRB Hicom di Stadium Bandaraya Pulau Pinang dekat sini hari ini. Gambar: Sazali Che Din.Pemberita: Azeli Ali (Utusan Malaysia).NOTA TERBITAN UTUSAN MALAYSIA18 FEBRUARI 2016KHAMISMUKA 
KUALA LUMPUR 9 Dis. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar menaja Mohd Faiz Subri ke Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich pada Januari depan, selepas jaringan pemain Pulau Pinang itu tersenarai antara tiga jaringan terbaik dunia.
Naib Presiden FAM Datuk Takiyuddin Hassan berkata pencalonan tersebut adalah sesuatu yang membanggakan negara dan ia jarang berlaku apabila pemain Malaysia terpilih antara tiga terbaik dunia bagi menerima anugerah itu.
"Pada pandangan saya, bagi Mohd Faiz ini, FAM perlu menaja beliau ke sana (Zurich) bersama keluarganya kerana ia merupakan perkara yang jarang berlaku.
"Memang dia (Mohd Faiz), daripada seluruh dunia hanya tiga dipilih dalam Anugerah Puskas itu dan saya amat bersetuju beliau ditaja FAM dalam perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita di sesi dialog rakyat bertajuk 'Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah' di sini hari ini, bersempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang disambut di seluruh negara.
FIFA menerusi laman web rasminya, www.fifa.com pada 2 Dis lepas mengumumkan gol ajaib Mohd Faiz tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan bersama-sama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela. Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan depan. - BERNAMA

SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/fam-wajar-taja-mohd-faiz-1.418224#sthash.lCSzi10l.dpuf

No comments:

Post a Comment